Skip to main content

STUDENT UNITED KINGDOM JOURNEY GUIDE




Reading Time: 30 - 45 Minutes

Disclaimer: This entry gonna be long but it is worth it for you to read!

Greetings Everyone and Assalamu'alaikum!

Thank you for dropping by my blog and this entry. 

I had been graduated from Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak with Higher National Diploma in Business and ICT

All praises to Allah, I can fulfill my childhood dreams which are further my study to United Kingdom. Now, I am officially a student at University of Huddersfield. I am taking BSc (Hons) in IT Top-Up Programme which is terus masuk final year degree. My degree's duration degree is from 17 September 2018 - 5 Julai 2019 as had been stated in my CAS Letter. I did not take the IELTS exam. I just use my 1119 English SPM result. I am a self-sponsored student. I do not take or get any scholarships. So, I will not be writing about sponsorship thingy. 

Dan alhamdulillah, lastly, sekarang aku dah menjejakkan kaki ke Huddersfield, United Kingdom pada hari Khamis, 13 September 2018. Alhamdulillah, All Praises to Allah the Almighty.

There are 21 steps starting from finding a suitable agent until taking UK VISA at Wisma MCA. Happy reading and researching!

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Tahniah sebab you ada niat nak further study ke oversea! Aku doakan cita cita kau tercapai, fighting! First step is cari agen yang sesuai dengan taste kita. Aku ambil masa dalam seminggu jugak la buat kajian tentang agen-agen ni. Tanya kawan, tanya lecturers. Sebab benda ni paling penting bagi aku sebenarnya. Sebab bila kita tersalah pilih agen, hancur la semua sebab agen yang akan tolong kita sampai la kita selamat sampai ke sana. Jadi, kat sini, aku mudahkan kerja korang untuk pilih mana agen yang korang rasa berminat dan korang rasa sesuai dengan taste korang. Pilih je yang mana, insha Allah semua okay. 
My Style:
At first, aku short-listed kan 5 agen yang aku berminat. Antaranya termasuklah PDVL, AUG, GEN, IDP dan MABECS. Last-last, aku pilih PDVL sebab agen dia serious friendly sangat. Nama agen yang banyak tolong aku ialah Maple. Okay serious dia helpful sangat. Maizatul Maisarah yang suggest dekat aku PDVL ni. Terima kasih Maizatul Maisarah! (pls kau kena baca). Aku tak tahu pun kewujudan PDVL ni hehehe. Tapi bila bukak website PDVL, then ada satu section mmg khas untuk KPM, aku jadi macam excited sangat! Tapi depends on korang, korang nak pilih agen mana. Semua agen ada pros and cons. By the way, untuk KPM students yang amik HND, korang boleh la godak godak kat website PDVL ni. Tekan je dekat perkataan PDVL tu. Nanti korang terus direct ke website dia. PDVL patut bagi komisen dekat aku sebab aku dah tolong promote business dorang ih ih. And ahaaa mostly agen ni semua FOC takde kena bayar apa apa pun untuk kita guna servis mereka ni. :)

Okay dah tahu nak pilih agen mana? Jom kita move on ke step yang kedua!

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈

2. BUAT TEMU JANJI MELALUI E-MEL / TELEFON

Step kedua! Buat temu janji dengan agen yang korang berminat melalui e-mail atau telefon dorang. Bila korang dah tahu nak guna servis agen yang mana, korang boleh la pergi dekat section contact us, dekat website agen yang korang berminat tu. E-mail ataupun telefon la dekat dorang untuk tanya apa apa yang patut and buat temu janji. Lagi best face-to-face interaction tau actually so sebab tu aku suggest kan buat la temu janji. Mostly nak jumpa agen kena buat temu janji dulu, tak boleh main terjah je pergi office dorang. Ataupun korang fill in korang punya details dekat website agen tu and nanti dorang akan contact korang balik melalu e-mail. Or certain website, ada live chat kan. Boleh jugak chit chat dengan dorang kat live chat tu.

My Style:
At first, aku contact PDVL dulu. Then aku chit chat dekat live chat dorang and tinggal kan details aku untuk dorang contact aku balik. Then, Maple from PDVL contact aku. After that, aku request nak keep in touch through WhatsApp sebab lagi senang. Kalau e-mail, aku takut tak perasan. Aku ada screenshot e-mail and conversation penting antara aku and Maple yang inshaAllah dapat beri manfaat untuk korang. Melalui WhatsApp, aku buat la temu janji untuk jumpa Maple dekat office PDVL. Jadi, nak ke tak nak aku kena la turun KL dari Kuala Terengganu. Untuk PDVL ni, aku apply untuk United Kingdom. Sebab kalau aku further study ke United Kingdom, aku tak perlu amik IELTS and duration dia boleh jadi 9 months after transfer credit. 

Gambar 1: E-mail dari Maple PDVL

Gambar 2: WhatsApp Conversation dengan Maple PDVL

Gambar 3: WhatsApp Conversation dengan Maple PDVL

Gambar 4: WhatsApp Conversation dengan Maple PDVL
Aku ada jugak contact IDP Education Malaysia and IDP contact aku through e-mail. After aku bagi personal details aku yang dorang mintak, salah sorang agen IDP, Kit contact aku through WhatsApp. Untuk IDP, aku apply untuk Australia and New Zealand. Tapi, mostly intake Aussie dengan NZ bulan 7 and kena amik IELTS and time tu dah akhir bulan May and duration dia 2 tahun. Jadi, aku sesaje try apply. 
Gambar 5: E-mail dari Kit IDP
Gambar 6: WhatsApp Conversation dengan Kit IDP

Gambar 7: WhatsApp Conversation dengan Kit IDP

Gambar 8: WhatsApp Conversation dengan Kit IDP

Gambar 9: WhatsApp Conversation dengan Kit IDP

Gambar 10: WhatsApp Conversation dengan Kit IDP

Gambar 11: WhatsApp Conversation dengan Kit IDP

By the way, aku just buat appointment dengan 2 agen ni je. Plan aku nak try 5 agen tau termasuk PDVL, IDP, GEN, AUG dengan MABECS tapi aku buat appointment dengan 2 agen je. Bijak tak. Aku ingat nk walk-in je la ahahaha tapi actually tak semua boleh main walk-in je la. Aku akan citer secara detail kat step 4. Settle step 2! Tahniah! Pe lagi meh move on ke step ketiga. 

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay jom langkah ketiga is sediakan semua dokumen korang yang lengkap tau. Tak banyak pun. Ada dalam 6-7 dokumen based on country and universti mana yang kita nak apply. Aku sediakan sekali gambar-gambar contoh dokumen in-case ada yang tak tahu. Before korang pergi jumpa agen korang untuk appointment korang, make sure korang bawak tau salinan dokumen ni semua. Untuk mudahkan kerja agen tu and mudahkan kerja korang jugak nanti pada masa akan datang.

My Style:
Kan aku plan nak pergi 5 pejabat agen kan. 2 dah set appointment. Lagi 3 pejabat agen aku ingat nak walk-in. So, aku buat la 5 salinan untuk setiap dokumen tapi aku sempat pergi 3 pejabat agen je dalam satu hari tu so actually ada banyak je dokumen yang lebih. Salinan dokumen lebih, takpe. Asalkan jangan kurang sudah.


i) SPM Slip/SPM Certificate

Gambar 12: Salinan sijil SPM
Okay, tak kisah la korang nak bagi salinan yang mana nanti kat agen dorang sama ada sijil SPM / slip SPM. Untuk langkah selamat, bawak la dua dua salinan. 



ii) 1119 English SPM

Gambar 13: Salinan 1119 English SPM
So, ni la sijil 1119 English SPM. Aku guna sijil ni sebagai ganti IELTS untuk masuk universiti kat sini. Jadi, aku tak amik IELTS.

iii) Diploma / HND Transcript or Semester Result Slip

Gambar 14: Salinan transkrip Foundation in Business 

Gambar 15: Salinan transkrip HND 

Gambar 16: Salinan transkrip HND
Untuk transkrip kan, untuk pelajar KPM, korang boleh je request nak transkrip keputusan korang tu awal dengan kolej. Macam aku, aku contact mentor aku, madam Zariah request nak transkrip awal. Jadi, bila first day start semester baru haritu, aku terus pergi kolej, ambil transkrip dan selesaikan apa-apa dokumen yang patut sebelum pergi jumpa agen. Gigih tak, pagi 21 May tu, naik bas dari Kuala Terengganu, pergi KL, then petang sampai la KL kan. Then malam 21 May gerak pergi Perak dari KL pastu sampai Perak dalam pukul 2 pagi cemtu tau masa 22 May. After settle kan urusan semua, 22 May petang tu gerak KL balik sebab 23 May tu ada apointment dengan agen. Maybe korang tertanya-tanya kenapa 21 May tu, aku tk terus gerak Perak dari KT kan. Ada lah sebab-sebabnya. :)

Personal Statement! Ha ha ha benda ni aku paling malas nak buat tau. Aku tangguh sejak akhir May sampai la 30 June baru aku hantar personal statement yang kena buat tkleh lebih 300 words. And yes aku buat dalam masa sehari je time tu otw dari rumah ke kenduri and boleh pun siap. Jangan contohi sikap aku yang ni tau. Tak elok. And 30 June la baru Maple tu tolong aku apply kan untuk universiti dekat UK. Tarikh yang sama dengan tarikh last untuk apply UCAS. Btw, kalau nak tengok contoh personal statement aku, boleh click dekat link tu okay. Or boleh cari je kat internet banyak je ada. Or buat sendiri je le.

v) Reference Letter / Medium of Instruction / Recommendation letter from your tutor/counsellor

Gambar 17: Salinan reference letter / reccommendation letter / medium of instruction
Reference letter ni, korang boleh request dengan kaunselor / tutotr korang. Untuk pelajar KPM, korang boleh WhatsApp / e-mail / call Miss Wani atau Sir Nazri untuk request dokumen ni. Mereka akan tolong buatkan untuk korang.

vi) HND BICT 1507 Course Syllabus

Untuk batch HND BICT 1507, korang boleh tekan link tu for course syllabus tapi ada yang tak lengkap. Aku cuba tolong mana yang aku mampu. Semua course syllabus tu aku gigih scan satu satu sebab mostly hardcopy and ada yang conteng conteng sikit. 

vii) Passport Front Page

Of course kena ada passport kalau nak further study ke oversea. Kat sini, korang boleh tengok informasi tentang passport. Tekan je link tu. Semua informasi tentang passport ada kat situ.

Okay, step ketiga dah settle? Dah lengkap dokumen semua? Dah scan semua dokumen? Jom move on ke step seterusnya!

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Langkah ke-empat! Pergi pejabat agen untuk temu janji. Lepas korang dah set bila appointment korang, maka korang haruslah pergi ke pejabat agen yang korang dah pilih masa step 1 tadi untuk discuss dengan agen korang. Sebelum pergi ofis agen, make sure korang jangan lupa bawak semua salinan dokumen yang dorang mintak. Lain agen, lain dokumen yang dorang request tapi basically sama je dokumen-dokumen yang dorang nak tu. Tu yang paling penting and of course la bawak diri korang pergi pejabat agen tu. 

Kat bawah ni aku lampirkan sekali WhatsApp conversation aku dengan Maple dari PDVL and Kit dari IDP. Aku pergi 3 pejabat agen dalam hari tu which is PDVL, IDP dan GEN. 2 pejabat agen (PDVL and IDP), aku set appointment dulu. Lagi satu pejabat agen (GEN) aku walk-in je. Actually aku nak jugak pergi AUG tapi masa otw nak pergi AUG tu, dorang cakap yang appointment dorang dah full dalam minggu tu. So, kalau nak buat appointment dengan AUG, dorang free start from next week and selepas itu. Next week, aku dah balik Ganu so tak pergi la AUG. 


Gambar 18: WhatsApp conversation dengan Maple PDVL
Actually, aku bangun lambat tau that day. Penat travel semalam tak hilang lagi kot lol. Sebab semalam kan pergi Perak. So, aku try la mintak buat pukul 12 p.m. and alhamdulillah Maple free that time. Dekat PDVL ni, aku apply untuk further study dekat universiti dekat United Kingdom yang untuk September 2018 intake.

Gambar 18: WhatsApp conversation dengan Kit IDP
Next is temujanji dengan Kit dari IDP. Dengan Kit pun, aku adjust appointment time hm sebab dorang sediakan makanan berbuka puasa untuk kita lol. Dekat IDP pulak, aku apply untuk further study dekat universiti dekat Australia yang untuk July 2018 punya intake. 

Style aku, malam sebelum pergi appointment tu, after aku sampai je umah Athirah dekat KL dari Seri Iskandar, Perak, aku dengan Athirah tulis alamat, operating hours and telephone number semua 5 office agent yang kitorang plan nak pergi sebab nak plan nak guna public transport apa untuk pergi sana dekat atas satu kertas A4. Plan kitorang malam tu, kalau tak sempat nak pergi semua 5 pejabat agen tu esok, boleh pergi lusa. Actually tak sempat pun. Sebab apa? Sebab kitorang bangun lambat. After dah list dekat kertas A4 tu, kitorang discuss la dengan ayah Athirah macam mana nak pergi tempat ni and tempat tu. Ada yang kena naik bas rapid kl, and ada yang kena naik grab.

By the way, di kesempatan ni, aku nak ucap berbanyak banyak terim kasih kat sahabat aku, Athirah Anuar sebab banyak tolong aku untuk merealisasikan impian aku ni. Terima kasih sebab bagi tumpang rumah untuk aku tidur, makan dan sebagainya. Dan teman aku pergi pejabat agen tu semua. Terima kasih! (baca tau post ni please).

1. PDVL Overseas Advisory 

So, the first pejabat agen yang kitorang pergi is PDVL. Rumah Athirah dekat Ukay Perdana. Sebenarnya boleh je naik bas rapid kl nak pergi pejabat PDVL tapi sebab dah lambat kan sebab kitorang terbangun lambat and tunggu bas tak sampai-sampai, so kitorang decide la untuk naik uber. PDVL ada je branch dia dekat lain selain KL. Boleh double check dekat website PDVL. Ofis PDVL ni kiranya first appointment aku la. Keluar dari rumah pun dah nak pukul 12 tengah hari, so memang tak sempat citer dia nak pergi 5 pejabat agen dalam masa satu hari ahahaha. So gambar kat bawah ni, gambar alamat yang aku tulis malam before gerak.   


Sampai je kat ofis PDVL, aku WhatsApp Maple cakap dah sampai. Maple ni friendly and helpful gila. Serious. Full stop. Sampai je kat pejabat PDVL tu, kitorang dibawa masuk ke dalam satu bilik meeting. After that, Maple pun explain la semua procedures and requirements macam mana nak further study dekat UK, course apa yang aku boleh transfer credit and university apa yang aku boleh apply untuk top-up program. Dan Maple pun ada discuss and buat perbandingan apa pros and cons kalau aku further study kat UK or Australia or New Zealand. Maple memang explain dekat aku secara detail se detail nya semua info yang aku nak tau. Kos sara hidup kat sana, tuition fee, environment kat sana dan sebagainya. Sebab before that, aku memang zero knowledge tau and just tahu surface je. After dengar explanation dari dia, rasa dah jatuh hati tau dengan PDVL ni ih ih. Maple memang explain habis baik. Aku bawak semua dokumen except personal statement hahaha. 


Gambar atas tu aku tengah settle kan salinan dokumen untuk bagi dekat Maple hehe. So, before kitorang balik, Maple bekal kan dekat kitorang buku buku tentang universities yang mungkin aku akan berminat nak pergi. Balik nanti buat research tentang semua university tu, then nanti inform je dekat dia nak apply university mana, then Maple akan tolong settle kan semua dokumen kita dari A-Z. Dari isi borang sampai hantar borang dekat universiti tu. Kita just inform nak apply uni apa and bagi dokumen yang sepatutnya dekat dia. Yang lain dia akan uruskan semua FOC. Kalau apply through UCAS kan, kena bayar. Tapi kalau pergi under agen, tak perlu bayar pape tapi tengok la agen jugak. 


Gambar atas ni gambar aku excited lepas settle appointment dengan Maple dekat PDVL. Dalam beg tu memang banyak la hasil tangkapan yang aku dapat daripada PDVL. So, lepas tu, kitorang pergi ke office agen yang kedua! Let's go!

2. GEN Education Specialist

Ofis agen kedua yang kitorang pergi ialah Gen Education Specialist. Takde buat appointment ke apa. Gen Education ni tempat dia dekat Wisma MCA. Satu building dengan AUG Student Services. Cuma lain floor. And satu building jugak dengan tempat untuk buat UK Visa. Sebenarnya, at the first place, aku plan nak pergi AUG dulu baru pergi GEN.  


Otw nak pergi Wisma MCA tu dari PDVL, kitorang naik Uber sebab hujan lebat. Otw tu, aku call la ofis AUG, nak tanya harini AUG ada masa free tak untuk kitorang buat appointment. Then AUG inform yang AUG tak free sampai next week. Sedih gak ah. Lepastu, aku call GEN, tanya GEN ada masa free tak untuk kitorang pergi buat appointment. Then, alhamdulillah, GEN cakap dorang free. So, kitorang decide nak pergi GEN la.


Alhamdulillah kitorang sampai dekat Wisma MCA. Gambar atas tu gambar depan lif dekat Wisma MCA. First time ni pergi government building without parents untuk uruskan urusan kita. Eh tak tak. First time masa daftar SSM dekat Ipoh, Perak. Ni kira second time la kot?


Before boleh masuk Wisma MCA, kitorang kena register dekat reception dulu. Kena tunjuk IC then dia akan bagi dekat kita kertas macam dekat gambar atas tu. 


Ni gambar aku dekat depan office Gen Education hehe. By the way, dekat GEN Education, aku tanya tentang macam mana nak further study dekat UK. Dah la tkde prepare apa tau. So agen tu just macam bagi a brief explanation. Salah aku jugak, main walk-in je pada hari yang sama call ofis agen tu. Actually saje nak try hehe. Tapi from my personal views, compared to GEN, PDVL lagi better. Idk why ni just personal views aku tau. Lain orang, lain experience kan. So, lepas settle urusan dekat Wisma MCA, kitorang ke ofis agen yang ketiga!

3. IDP Education Malaysia

Okay so ofis agen yang ketiga ialah IDP Education Malaysia! IDP Education Malaysia ni tempat dia dekat Wisma Selangor Dredging. So, IDP ni third appointment aku la kiranya dan ofis agen yang ketiga. 




Nak masuk sini pun, kena register dulu dekat reception dia. Aku kena tinggalkan IC aku dekat reception dia, then nanti dia akan bagi kad visitor. Masa balik, baru dia bagi balik IC kita. Dekat IDP, aku apply untuk further study untuk universiti dekat Australia. Kalau IDP, dia tak mintak pun personal statement tapi dia mintak course syllabus. That's why aku gigih scan satu satu semua course syllabus yang aku simpan dari FIB 1 sampai HND 4 sebab nak bagi dekat agen dekat IDP. Masa dekat IDP, Kit terus bagi choices tau mana universiti yang aku boleh apply untuk sambung IT course aku ni. Ada 3 universiti yang aku dah apply terus which are Macquarie UniversityVictoria University Melbourne, dan Swinburne University of Technology

To be honest, aku 50-50 nak further study dekat Australia. First, sebab kena ambil IELTS. Then duration dia paling sekejap pun 2 tahun walaupun after dah transfer credit. Tapi aku try je apply dulu saje nak tengok dapat ke tak lol. Sebab dokumen yang aku bawak dah lengkap, so Kit terus tolong apply kan untuk aku. Hari tu puasa kan and kitorang rushing tau nak pergi bukak puasa dengan Maryam dengan Syafiq. Masa dah nak masuk waktu untuk bukak puasa tu, aku inform la dekat Kit yang kitorang ni actually rushing nak pergi iftar dengan kawan. Pastu, Kit cakap takpe dia akan tolong isikan application form universiti untuk aku. Baik gila okay. Btw IDP ni pun reccommended kalau korang nak pilih IDP as pilihan agen korang. Servis dia memang tip top and laju je buat kerja.   



Before kitorang gerak pergi iftar, Kit cakap amik la makanan untuk iftar. Sedap gila weh nasi lemak pastu ada rendang ayam pulak. Nice sangat kan IDP ni. :D

4. Hasil Tangkapan


Ni lah hasil tangkapan aku masa kitorang pergi 3 pejabat agen tu. Banyak kan buku! Okay kenapa aku mesti kena pergi banyak banyak pejabat agen? Sebab aku saje nak try and error. Tapi aku memang dah jatuh hati dengan PDVL. So, last-last aku choose PDVL. Tapi, IDP pun okay. AUG pun okay. Serious serious. Okay korang dah pergi pejabat agen, jom kita move on ke step seterusnya iaitu step ke lima!

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Step kelima is buat kajian tentang universiti yang korang minat and after dah habis buat research, decide la unversiti mana yang korang berminat nak apply then inform la kat agen korang. Suggestion aku, masa buat university research tu, korang boleh la survey:

1. university ranking
2. course university ranking
3. tuition fees
4. course syllabus
5. duration
6. environment
7. estimated living fee (kalau dekat UK, estimated living fee around 9135 pound / year)
8. weather
9. public transportation
10. accommodation
11. crime rate (huddersfield punya crime rate agak tinggi and aku baru tahu masa sampai sini) 
12. etc

Ikut korang la mana yang korang rasa penting as persediaan korang before korang stay dekat sana sebab Malaysia dengan United Kingdom bukan dekat sayang oii. 

Hi Husna and Nurul,

Nice to meet you yesterday to assist you in the overseas study plan. 

As I mention, you can get the info form the link I provided below;

1) University of West England, Bristol
Course title: BSc (Hons) Information Technology Management for Business
Fees: 12,750 pounds per year
Location: Bristol, UK


2) Coventry University
Course title: BSc (Hons) Information Technology for Business
Fees: 13,150 pounds per year
Location: Coventry, UK

3) Aberystwyth University 
Course title: BSc (Hons) Business Information Technology 
Fees: 13,450 pounds per year
Location: Wales, UK

4) Edinburgh Napier University
Course title: BSc (Hons) Business Information Technology 
Fees: 12,350 pounds per year
Location: Edinburgh, UK

5) Northumbria University 
Course title: BSc (Hons) Information Technology Management for Business
Fees: 14,000 pounds per year
Location: Northumbria, UK

6) University of Chester
Course title: BSc (Hons) Applied Computing
Fees: 11,950 pounds per year
Location: Chester, UK

Please do not hesitate to contact me if you require more informations. 

Thanks. 

Maple Low | Regional Manager | West Malaysia
PDVL Overseas Advisory Sdn Bhd Your Trusted UK Education Specialist
Kuala Lumpur Main Office | 2-16 PV128 Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Office No+60341418180
Mobile No: +60166480641
Websitewww.pd-vl.com
Skypemaple-low

Malaysia: Kuala Lumpur . Kota Kinabalu . Sibu . Kuching . Penang . Nilai . Johor 
Indonesia: Jakarta . Medan . Surabaya
Thailand: Bangkok
Vietnam: Hanoi
Taiwan: Taipei
China: Guang Zhou

Sehari lepas aku pergi PDVL, Maple terus bagi e-mail dekat aku list university yang aku boleh apply dan inshaAllah aku boleh apply untuk top-up programme course. Ada banyak je lagi university. After aku dapat email ni, aku terus la buat research and of course first thing yang aku tengok is tuition fee and course title. From list tu, aku decide untuk apply dekat 4 universiti which are UWE Bristol, Coventry University, Edinburgh Napier University and Aberystwyth University.

By the way, kan aku pergi ofic PDVL masa 23 May 2018 kan. Semua dokumen yang diminta semua dah lengkap except personal statement. Tak tau kenapa that time malas sangat nak buat. Lastly, tepat 29 June 2018, masa otw dari rumah nak pergi kenduri kahwin, baru siap. Siapkan personal statement tu dalam kete taip dekat fon lol. And ada mintak tolong dengan kawan kawan sikit. Thank you kawan kawan. Pastu, terus e-mail dekat Maple. So, the exact date aku apply untuk further study dekat UK ni 29-30 June 2018. Bila dah siap je personal statement, pergh perasaan dia lega ya ampunnnn tak tau nak describe cane. Lepas dah settle semua dokumen, dah tak perlu buat apa apa selain daripada menunggu? Menunggu apa? Menunggu sesuatu yang tidak pasti. Jom move on ke step 6!

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay guys tahniah anda sudah berada di step yang ke enam! Tempoh masa aku menunggu ketibaan unconditional / conditional offer letter ni ambil masa dalam sebulan lebih jugak la. Lama, kan? Penantian tu satu penyeksaan kan. Lagi-lagi kalau kita menunggu benda yang kita tak pasti dapat ke tak. Dalam tempoh penantian ni, aku memang rasa la tahap kebergantungan aku dekat Allah tu makin meningkat. Kan aku apply untuk UK dan Aussie kan. Untuk Aussie alhamdulliah 3 3 universiti yang aku apply semua dapat. Tapi tu la, kena amik IELTS and duration dia paling sekejap ialah 2 tahun. By the way, apa beza conditional letter dan unconditional offer letter? Boleh Google atau pun kalau ada masa, aku try buat entry tentang perbezaan antara conditional offer letter dengan unconditional offer letter. 

AUSTRALIA 

1. Victoria University Melbourne Australia

Your VU student ID number: ********

Dear Mawaddatul Husna,
Congratulations - you have received a conditional offer to study the Bachelor of Business in Semester 2, 2018 at Victoria University (VU).
Upgrade to a full offer by meeting the conditions in your offer letter. 

Untuk Victoria University, aku dapat conditional offer letter tepat tarikh 21 June 2018.

2. Macquarie University Sydney Australia

Untuk Macquarie University pulak, aku dapat conditional offer letter jugak tepat tarikh 08 June 2018 tapi duration dia 3 tahun walaupun dah ada credit exemptions.

3. Swinburne University of Technology

Untuk Swinburne University pulak, aku dapat conditional offer letter jugak tepat tarikh 05 June 2018 and duration dia 2 tahun after credit exemptions. 

Laju kan IDP punya kerja? hehe. Tapi tu lah tu, aku tanak pergi Australia so aku WhatsApp Kit minta tolong dia withdraw ketiga-tiga universiti tu.

UNITED KINGDOM

Okay, untuk United Kingdom pulak, aku apply untuk 4 universiti. And alhamdulliah 4 - 4 universiti aku dapat. Tapi, PDVL pun apply kan lagi satu universiti which is University of Huddersfield, universiti yang aku further study sekarang. University of Huddersfield actually takde pun dalam list university yang aku berminat nak apply. Okay, so, untuk tunggu offer letter from universiti dekat UK ni, memang sangat membina kesabaran yang amat tinggi. Sampai ada one time tu, aku jadi takut tau, and overthinking yang aku memang tak akan dapat offer letter tu. And dah start risau tak tahu nak buat apa, sebab UPU pun aku tak apply. And aku ada jugak mengadu dekat kawan-kawan aku yang aku takut aku tak akan dapat further study aku dekat UK, tapi dorang cakap rileks je, kalau ada rezeki, ada la rezeki. 

1. Coventry University

Dear Mawaddatul Husna Binti Mustafa,

Congratulations!

We’re excited to let you know you have a conditional offer to study at Coventry University. The course is based at the University’s main campus in Coventry.

We’ve attached a copy of your Conditional Offer Letter to this email. Please read the offer condition(s) carefully so you know what you must do to study at Coventry University.

Your next steps are to:
·         Read the Conditional Offer Letter. It is important that you understand your offer conditions.
·         Reply to this email today. Tell us you will accept your conditional offer and that you would like us to provisionally keep a place open for you.
·         Meet your offer conditions. You must meet all of these so that we can confirm you have a place.
·         Send any documents your offer conditions require. You can simply reply to this email and attach scanned or digital copies.
·         Supply an Under-18 Guardianship Form if you need one. You must prove that you have a UK based Guardian, with UK contact details, if you are under 18 years old when we confirm that you have a place.
·         Complete a Pre-Sessional English Course (if you are eligible for one)

When you have met all of your offer conditions, we can issue you with a Confirmation of Acceptance for Studies (CAS) letter or an Unconditional Offer Letter. We will work together so that you can meet your offer conditions, which may include:
·         Providing financial evidence showing you can afford your tuition fees and living expenses.
·         Applying for a visa to come to the UK.
·         Passing additional interview/document checks prior to your CAS being issued
·         Supplying an ATAS Certificate to study some postgraduate courses.

Tepat 26 July 2018, Alhamdulillah, aku dapat conditional offer letter from Coventry Unversity. Ni first offer letter yang aku dapat from university kat UK and perasaan aku waktu tu ya allah undescribable! Tapi duration dia 2 years sebab aku kena masuk untuk second year entry tak lepas untuk masuk final year entry. So, dengan rela hati jugak, aku withdraw offer from Conventry University. 

2. Edinburgh Napier University

Same goes with Edinburgh Napier University. Alhamdullilah dapat je masuk universiti ni tapi Maple inform dekat aku kan yang universiti ni pun dia just accept untuk second year degree entry, tak accept untuk final year entry so duration dia akan jadi 2 years. So, dengan rela hati, aku tolak jugak offer from universiti ni. 

3. Aberystwyth University

Dear V-Lock,

Greetings! I have just been informed that the department has reviewed the application. I regret to inform that they are unable to offer the applicant a place in the 3rdyear. However, they would be happy to offer entry to 2nd year for the programme. Could you please advise the applicant of this latest update?

In the meantime, if you have any further questions, please feel free to contact us. We look forward to your response.

Regards,

Michelle Neoh Yee Yin
SEA & SA International Assistant

Tepat 31 July 2018, aku dapat email dari agen aku. And dorang mentioned yang aku dapat offer untuk masuk Aberystwyth University tapi dapat offer untuk masuk second year entry. So duration dia akan jadi 2 years. So, aku dengan rela hati withdraw jugak offer from university ni huhu. So, dah 3 universiti yang aku withdraw offer, tinggal lagi 2 universiti kan.


4. UWE Bristol

Dear Mawaddatul,

Good day to you.          

Congratulations! We are pleased to inform that you have been given an offer to study at University of the West of England, Bristol for entry in September 2018.

To ensure that you are properly registered as a UWE student, please take some time to complete the transfer process as per the attached documents. For more information and latest updates, you may visit the following UWE Facebook pages:


UWE Bristol:                                                                  https://www.facebook.com/uwebristol/?hc_ref=SEARCH
UWE Bristol Malaysia:                                                      https://www.facebook.com/uwebristolmsia/
UWE Malaysian Student Association:                      https://www.facebook.com/groups/153579686862/?fref=ts

If you have any other questions, please refer back to your agent.

Thank you, and have a nice day!

Tepat 2 August 2018, alhamdulillah aku dapat conditional offer letter dari UWE Bristol! Rasa dia macam Ya Allah, excited tak terkata. And Alhamdulilllah jugak aku dapat terus masuk final year entry kat sana. After dapat email ni, aku terus WhatsApp Maple. Then time tu la Maple inform yang dorang pun ada jugak apply kan untuk aku lagi satu universiti which is University of Huddersfield sebab ada jugak students from KPM Seri Iskandar yang apply untuk University of Huddersfield. So, Maple cakap, tunggu dulu conditional / uncoditional offer letter from University of Huddersfield, then baru decide nak pilih university mana sama ada UWE Bristol ataupun University of Huddersfield. 

5. University of Huddersfield 

Tepat 6 August 2018, Alhamdulillah aku dapat conditional offer letter dari University of Huddersfield. And alhamdulillah aku dapat masuk untuk final year entry terus so duration dia akan jadi 1 year. Seperti impian aku sejak sebelum masuk KPM Seri Iskandar. So, dekat bawah ni, ada gambar - gambar e-mail dan juga screenshots uncoditional offer letter yang aku dapat from University of Huddersfield. Boleh la korang tengok tengok hehe. 








Lepas discuss dengan Maple, discuss dengan parents, ambil kira tentang tuition fee, aku decide untuk pilih University of Huddersfield. Sebab tuition fee dia murah. As had been stated dalam conditional offer letter aku, total of the tuition fee is £ 15,000 kan. And alhamdulillah aku dapat scholarship from university £ 2,000. So, kena bayar £ 13,000 kan. Untuk tukar conditional offer letter aku jadi unconditional offer letter dan jugak untuk dapatkan CAS letter, aku kena bayar 50% daripada tuition fee. 50% daripada tuition fee is £ 6,000. Tapi, kalau bayar genap £ 10,000 tuition fee before the end of the August, dapat discount lagi £ 3,000. So, after discuss dengan parents aku, bayar la full tuition fee tu which is sebanyak £ 10,000. Banyak kan. :')

Alright, dah settle and dah dapat offer letter, jom la kita move on ke step seterusnya which is step 7! Leggo.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Step 7 is buat financial record. Ni depends on korang la nak buat ke tak. Tapi dekat sini aku akan letak aku punya financial record and berapa banyak duit yang akan habis and duit yang aku dah guna untuk rujukan korang di masa akan datang. 

  1. Tuition Fee: (£ 10,000) *estimated  = MYR 56,000
  2. Immigration Health Surcharges (IHS) Fee: (USD 199.50)  MYR 836.87
  3. Visa UK: (USD 463.00)  MYR 1,944.79
  4. TB Screening Fee @ Bangsar Life Care: MYR 240.00
  5. Accommodation Deposit: (£ 300) *estimated = MYR 1,670
  6. Accommmodation Fee (including utilities):
    (51 weeks @ £ 85/week = £ 1445 x 3x installments = £ 4335) *estimated = MYR 24,100
  7. Living Fee (Duit groceries, foods, transportation, printing, travel, etc):
    (£ 200 x 12 months = £ 2400) *estimated = MYR 13,350
  8. Flight Ticket from Kuala Lumpur to Manchester Airport: MYR 3,591

TOTAL ESTIMATED FINANCIAL FOR FURTHER STUDY IN UK IN 1 YEAR: MYR 101,900

Disclaimer: Ni cuma anggaran kasar yang paling maksimum. Korang boleh kurangkan dekat part living fees, dekat part flight ticket dan jugak dekat part accommodation. And korang boleh jugak buat part-time job dekat sana and sangat berbaloi tapi ada hours limit untuk student kerja which is 20 hours/week maximum and kita akan dibayar mengikut national minimum wage rates dekat UK which is minimum £ 7.38. Kalau kerja sebulan, inshaAllah dah boleh cover untuk duit belanja korang. Aku pun tengah survey part time job sekarang. Doakan yang baik-baik untuk aku! Okay settle dah step ke 7 tentang financial. Jom move on ke step ke 8!

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay, step ke 8 is bayar tuition fee. Okay macam yang aku explain dekat step ke 6 tadi, aku dapat deduction around £ 5,000 kan untuk tuition fee if bayar full before the end of the August. So, abah tolong pergi bayar tuition fee aku total £ 10,000 dekat Bank Islam. Okay macam mana cara dia? Korang bawak offer letter pergi bank tu, pastu inform dekat officer yang korang nak bayar tuition fees untuk UK university. Then, korang kena fill out a TT bank transfer form. Jangan lupa letak full name korang and ID student korang dekat form tu. Lepas tu, korang akan dapat payment slip or remittance slip. 

After dah dapat payment slip tu, korang bagi la dekat agen korang. Then, agen korang akan inform dekat univeristy sana yang korang dah bayar tuition fee tu, then dalam masa 3 working days, korang akan dapat CAS letter dari universiti sana. CAS letter tu apa? Apa penting nya CAS letter ni? Nanti aku explain dekat step 12. By the way, ada je cara lain korang nak bayar tuition fee. Biasanya, dalam offer letter yang korang dapat, dia dah state kan sekali macam mana cara-cara korang nak bayar tuition fee korang dekat universiti tu. Kat gambar bawah-bawah ni conversation aku dengan Maple PDVL discuss tentang financial dan jugak screenshots macam mana cara cara yang boleh di gunakan untuk bayar tuition fee tu. Antaranya termasuklah direct credit, online, credit card and also cheques. 




Okay settle dah step 8. Sementara tunggu CAS letter korang, korang boleh la buat dulu step 9 - step 11 ni. Jom move on ke step 9. Tapi depends korang nak buat yang mana dulu. Ni just suggestion daripada aku. 

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


So, step 9. Step 9 ni, korang pergi la pre-departure briefing. Nanti korang akan dapat email dari agen atau university sana yang akan inform korang bila korang punya university pre-departure briefing. Semua university akan buat pre-departure briefing ni and sangat penting untuk pergi benda ni tau. So pergi tau! Okay settle jom ah move on  pi step 10.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay step 10 is cari tempat tinggal kat sana. Berkenaan tempat tinggal ni, korang boleh mintak tolong agen korang cari kan accommodation untuk korang ataupun korang buat la research sendiri. Korang boleh request nak all women / all men / mixed / all muslims depends la on preferences korang. And estimated accommodation fee dekat sini around £ 60 - £ 100. Depends on korang la pandai cari ke tak. Kalau pandai cari, boleh la dapat murah. 

Macam kalau aku, aku punya accommodation fee, £85/week includes dah semua utilities and dekat dengan school aku. Jalan kaki around 8-9 minutes and sampai la class. And aku request all womens. Okay la. Rumah aku, satu rumah 6 orang, all women, aku sorang je Muslim. Sorang dari Netherlands, sorang dari Jordan, lagi 3 dari Malaysia, 2 chinese and 1 Indian. Tapi, dorang semua hormat aku as Muslim. So, alhamdulilah okay sangat sangat. And dorang tahu la yang kita Muslim kena makan halal food. So, dorang respect yang tu. After dah jumpa accommodation yang korang nak stay, jom ke step seterusnya. Okay jom move on ke step 11 pulak. 

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


So, step 11 is bayar deposit and accommodation fee untuk tempat tinggal. Lepas korang dah pilih tempat tinggal korang dekat UK, korang akan dapat email yang terkandung agreement antara korang as tenancy and landlord dekat sana. Macam aku punya, deposit rumah aku is £ 300. Kalau aku takde buat apa apa kerosakan, nanti duit deposit £ 300 tu, aku akan dapat balik masa aku keluar dari rumah tu. 

And aku kena bayar 1st installment which is £ 1445 before or on 12 September 2018 untuk secure tempat aku dekat sana. Tapi ni semua depends on macam mana agreement korang dengan landlord. Tapi kan, kebiasannya, bayar accommodation fee tu dalam 3x installements or bayar per month or bayar per week. Macam aku mentioned tadi, depends la on korang punya tenancy agreement. Dah settle bayar, of course korang akan rasa lega sikit sebab benda dah nak makin settle. Kan? Okay settle dah step 11. Jom la kita move on ke step 12.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay, so step 12 is tunggu CAS Letter. Apa tu CAS Letter? CAS Letter tu Confirmation of Acceptance for Studies Letter. After korang dah dapat CAS Letter, korang dah boleh start isi online visa application form. Selagi korang tak dapat CAS Letter, selagi tu la korang tak dapat isi online visa application sebab dorang akan mintak CAS Number. Dekat CAS Letter ni, dia akan lampirkan sekali further information tentang study korang. After dah bayar tuition fee semua, tunggu dalam 3 working days, alhamdulillah, aku dapat la CAS Letter aku from University of Huddersfield. 


Tu gambar CAS Letter yang aku dapat. Dekat CAS Letter tu, dia akan state kan sekali CAS Number kan. CAS Number tu la yang korang akan guna untuk isi online application form untuk buat UK VISA. Bayar tuition fee masa 20 August 2018. CAS letter tu dia akan issued dalam masa 3 days. Aku dapat CAS Letter tu on 24 August 2018. Cukup la tu kan 3 working days. Dah dapat CAS Letter? So, dah boleh isi form untuk buat visa yuhuu! Jom ah move on pi step 13.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay, dah dapat CAS so dah boleh start isi form untuk visa application online. Untuk visa application, agen aku tolong isi kan untuk aku. Lepas tu kan tersalah isi. So kena isi kali kedua. Kali kedua isi tak boleh guna email sama. Kena guna email lain. Nama visa untuk student is Tier 4 (General) student visa. Korang boleh dapatkan further information tentang visa application dekat sini. Korang boleh start korang punya online visa application dekat sini. 


  1. Research your visa type
  2. Apply for your visa through Gov.uk
  3. Book an appointment
  4. Pay your visa fees
  5. Choose your services
  6. Visit the visa application centre
  7. Track your application
  8. Pick up your documents

Apply outside the UK

You must apply online for a Tier 4 (General) student visa.
You’ll need to have your fingerprints and photograph taken at a visa application centre (to get a biometric residence permit) as part of your application.
You’ll have to collect your biometric residence permit within 10 days of when you said you’d arrive in the UK (even if you actually arrive at a later date).
You may be able to get your visa faster or other services depending on what country you’re in - check with your visa application centre.
Ni info yang aku dapat dari UK Visa website. After dah siap isi korang kena bayar immigration health surcharge (IHS) then baru boleh buat appointment untuk buat Visa. Settle step 13. Jom move on ke step 14.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay step 14 is bayar IHS fee. After korang dah isi semua information dekat visa application, korang kena bayar untuk IHS fee pulak. IHS ni macam health insurance kita dekat UK nanti. So, make sure, duit korang cukup tau dalam bank untuk bayar IHS fee ni. Masa zaman aku, IHS Fee is USD 199.50. After korang dah bayar, dia akan keluar payment summary and korang akan dapat e-mail transaction confirmation as proof yang korang dah bayar IHS fee. 

Settle dah step 14 which is bayar IHS fee, move on step 15 which is buat appointment for VISA UK.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Step 15 is after korang dah bayar IHS Fee, korang boleh la buat appointment untuk buat VISA UK korang. Untuk VISA UK Application ni, ada 2 services. Standard Services and Priority Services. 

Kalau Standard Services, usually korang akan dapat visa korang within 15 working days and harga dia USD 463. Kalau Priority Services pulak, usually korang akan dapat visa korang within 5 working days and harga dia mahal sikit around USD 745. Bagi aku, mahal banyak actually. So, korang boleh pilih korang prefer nak guna servis mana. Aku pilih yang Standard Services and that time aku berharap yang aku dapat visa tu cepat. 

After dah pilih services tu, korang boleh proceed untuk choose an appointment. After dah choose appointment yang korang nak, korang boleh la proceed untuk buat payment for visa pulak. And make sure jugak korang ada duit yang cukup dalam bank tau that time. After korang dah berjaya buat payment, dorang akan cakap yang payment successful and then korang akan dapat email yang payment successful and dorang akan bagi reference number.  Appointment aku is on 28 August pukul 9:20 a.m. Dekat sini, korang boleh baca further information lagi about UK Visa Application.

After dah settle semua online visa application, korang kena:

  • Print supporting documents
  • Register with their visa application centre partner dekat sini
  • Get a tuberculosis test, if required
  • Take your documents to your appointment
  • Download a copy of your application form
Settle dah online visa application, boleh la korang proceed untuk buat TB Test pulak dekat step 16. Jom move on ke step 16, leggo!

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈

16. BUAT TB TEST

Step 16 is buat TB Test! Sekejap je buat TB Test serious. Tapi, nak buat TB Test ni kan, bukan semua klinik / hospital / medical centre yang boleh kita pergi buat. Ada appointed medical centres yang dah ditetapkan. For further information, korang boleh tekan dekat link ni Tuberculosis testing in Malaysia Guidance

Dekat situ dia dah list dekat mana clinic yang korang boleh pergi untuk buat TB Test. My personal views, after aku buat research, aku reccommend dekat korang untuk pergi ke Bangsar Life Care Diagnostic Medical Centre kalau korang kat Semenanjung and duduk area KL. Sebab kalau nak buat dekat Gleanagles, kena buat appointment dulu. By the way, korang boleh dapat further information tentang TB Test dekat sini.  

So, before korang pergi buat TB Test dekat Bangsar Life Care Diagnostic Medical Centre Sdn. Bhd., ada 3 dokumen penting yang korang wajib bawak.
  1. Original valid passport
  2. 1x passport sized photo 
  3. Fee payment : RM 240.00 (Total for UK processing fee + Chest X-ray + Doctor consultation)

And make sure korang dah ada UK Address (university / residential / office address)

1. Bangsar LifeCare Diagnostic Medical Centre Sdn. Bhd.

STEP 1: Register @ Information Counter, Ground Floor


Ni gambar information counter dekat Bangsar Life Care Diagnostic Medical Centre Sdn. Bhd. Bila korang masuk je, korang terus pergi dekat information counter and inform dekat staff tu yang korang nak buat TB Test untuk pergi UK. Nanti dia akan mintak dokumen dengan korang. Nanti, korang bagi la dokumen yang dorang mintak tu. 



Ni antara dokumen yang diperlukan untuk korang buat TB Test. 


Ni contoh cara isi form  pertama.



Dekat reception tu, lepas korang dah bagi dokumen yang dorang mintak which are original passport korang and 1 gambar passport, dorang akan bagi 2 forms yang korang kena isi. Ni first form. Make sure tau korang jangan tersilap masa isi form tu and isi tu ikut betul betul macam contoh form yang dorang bagi tu. Sebab kalau tersalah isi untuk kali kedua, nak mintak lagi form tu untuk kali ketiga, korang kena charge. Sorry tk ingat dah berapa dia charge.  


Ni form kedua. Ada 3 helai kertas untuk form kedua ni. And make sure jugak korang isi ikut betul betul macam dekat contoh form yang dorang kasi. 

Lepas dah siap isi form tu, korang pergi balik dekat information counter tu and bagi la form yang dah siap diisi. Then dia akan tolong korang tampal gambar passport korang dekat form korang. After dia dah tampal gambar tu, then dia akan bagi balik dekat korang form tu. Dia akan inform dekat korang yang  korang kena pergi level 4 untuk buat benda seterusnya.   


Ni gambar senarai level dekat Bangsar Life Care Diagnostic Medical Centre. Nanti naik lift, tekan nak pergi dekat level 4, okay.



Dia dah warn awal awal kalau korang tak settle lagi isi form, please pergi balik ground floor. hehe.

STEP 2: Register @ Visa Queue, 4th Floor


After korang dah sampai dekat level 4, korang pergi dekat screen ni, then tekan visa. Lepastu, korang akan dapat number korang. Then korang pergi duduk dekat kerusi dekat waiting area sementara tunggu nama korang untuk dipanggil. 



After nama korang dipanggil, korang pergi la dekat kaunter tu pastu jawab la solalan yang dia tanya. Nanti, settle semua, dia bagi korang gelang warna pink. Dekat gelang warna pink tu, dia tulis nama korang, gender korang and tarikh appointment korang which is the same day. Pastu, dia inform kita untuk masuk dalam sikit untuk proceed untuk payment. 

STEP 3: Payment @ Cashier, 4th Floor



Nanti, dorang akan panggil nama korang untuk buat payment. Korang akan buat payment dekat tempat macam gambar kat atas tu. Make sure korang sediakan cash secukupnya. After settle dah buat payment, kita kena tunggu untuk dorang panggil untu buat x-ray pulak. 



Ni la gelang pink yang korang akan dapat and pakai yang aku cakap tadi. Korang kena pakai tau masa dekat situ. Aku rasa aku aku kena warded tau bila aku pakai gelang pink tu ahaha.

STEP 4: X-Ray Screening Test @ 4th Floor


Ni waiting area sementara tunggu nurse tu panggil nama aku untuk masuk bilik x-ray untuk buat x-ray screening test. Lama gak la tunggu tapi tak lama mana. 


After nurse panggil korang untuk masuk bilik x-ray, kalau korang perempuan, nurse tu akan tanya bila last period date and of course make sure yang korang tak pregnant. Before x-ray, untuk perempuan, sebab aku perempuan (lelaki, aku tk sure maaf), bukak baju korang, bra korang and semua benda yang ada kat badan korang. Pastu, kalau rambut korang panjang, ikat rambut korang kasi sanggul and ikat tinggi tnggi. Pastu, pakai baju yang dorang sediakan. 


Ni baju x-ray untuk perempuan yang dorang sediakan untuk korang kena pakai masa korang buat x-ray test tu. 


Tu gambar yang dorang explain kalau korang pregnant, inform dekat dorang dulu before korang nak proceed untuk  buat X-Ray test. 


Ni tempat X-Ray yang korang akan buat X-Ray Test. Ni pun tak amik masa yang lama. Sekejap je. 

STEP 5: Doctor's Consultation @ 4th Floor


Keluar je dari bilik x-ray, korang tunggu la dekat waiting area and tunggu nurse tu panggil untuk doctor's consultation pulak. 



Lepas dah settle consultation dengan doktor, korang boleh la tunggu lagi dekat waiting area untuk amik report. By the way, masa doctor's consultation tu pun sekejap. Doktor tu akan tanya dekat korang beberapa soalan, then settle. Tak amik masa yang lama pun.

STEP 6: Report @ 4th Floor


Dah settle semua, nurse akan panggil nama korang then akan bagi dekat korang report korang. Okay pastu dah takde pape pastu boleh la korang balik rumah. Tak lama pun tu buat TB Test ni. Serious sekejap. Ambil masa around 2 hours macam tu. Okay dah settle TB Test, move on la ke step 17, which is pergi appointment untuk UK Visa dekat Wisma MCA. 


And for sure nak cakap terima kasih sangat sangat dekat this girl, Suhaili binti Suhaimi sebab teman aku pergi Bangsar Life Care Diagnostic Medical Centre. Thank you sayang and right now I really really miss you very much :(((((

Aku pergi buat TB Test ni on 25th August 2018. 

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay so next step, step 17 is pergi appointment UK Visa dekat Wisma MCA. Aku pergi Wisma MCA dari Ampang naik bas RapidKL. Appointment aku is on 28 August 2018. So, before korang pergi visa appointment korang, make sure korang bawak dokumen dokumen penting and jangan tertinggal. Please double check banyak kali. Macam aku, 27 August 2018 tu, aku pergi ofis agen aku dan dia tolong settle kan dokumen apa yang patut aku bawak untuk pergi visa appointment aku. Then dia dah letak dalam satu fail. So, datang Wisma MCA, aku just bawak fail tu je. So, kat sini, checklist dari agen aku yang korang boleh jadikan rujukan untuk visa apointment.



Ni gambar tiket Rapid KL. hehehe. aku kan duduk Kuala Terengganu so mesti la jarang naik public transportation dekat KL. Bila naik public transportation, rasa macam excited. Aku naik la bas Rapid KL ni sengsorang untuk pergi visa appointment aku. 


Bila korang sampai dekat Wisma MCA:
  1. Pergi dekat receptionist
  2. Cakap nak buat visa
  3. Nanti dia akan bagi kertas
  4. Naik Lif
  5. Tekan Level 19
  6. Korang akan nampak signboard ni

Nama tempat Visa Application Centre tu is VFS Global Malaysia. Before korang masuk dalam tempat tu, korang akan jumpa dengan signboard macam ni. Then, korang belok kanan. Masa aku datang, ramai gila orang tengah beratur. Appointment aku kan pukul 9:20 a.m. Aku sampai dekat tempat tu, ngam ngam 9:20 a.m tau. Pastu aku terus pergi dekat staff, and tunjuk la appointment letter aku, then aku dapat masuk tak payah queue hiks. Pastu bila dah dapat masuk, kena pergi dekat 1 staff ni, then dia akan check la kita punya dokumen lengkap ke tak kan. Lepas dah lengkap, korang akan dapat number and boleh la proceed masuk dalam office dorang tu.


Ni passport, dokumen and number yang aku dapat. 


So, ni kaunter yang korang akan pergi seterusnya untuk selesaikan urusan korang. Sementara tunggu number korang dipanggil ke kaunter berapa berapa, korang tunggu la dekat waiting area yang disediakan. Tak lama pun tunggu. 


Masa dekat kaunter tu kan, dia akan tanya beberapa soalan. Antaranya, nanti korang nak amik visa korang macam mana. Dia ada 3 pilihan yang korang boleh pilih.
  1. Amik sendiri
  2. Postage
  3. Mintak tolong orang amikkan
Nanti, staff dekat kaunter tu akan bagi korang resit putih and resit pink. Make sure korang jangan hilangkan tau. Sebab kalau hilang, korang takleh amik visa and passport korang. So, simpan resit tu elok-elok. Pastu dorang akan mentioned jugak dalam masa berapa hari, visa korang akan siap. Macam aku guna standard services kan, so, within 15 working days nanti, siap la visa aku. Lepas dah settle urusan dekat kaunter tu, staff tu akan mintak korang tunggu lagi dekat waiting area. Then, dorang akan panggil lagi untuk kali kedua. 



Number aku dipanggil untuk kali kedua untuk masuk bilik nombor 12 ni. Dalam bilik ni, ada la beberapa soalan yang staff tu tanya aku. Then, dia akan amik gambar korang. Gambar untuk apa? Gambar untuk visa UK and BRP korang nanti. BRP tu apa? BRP tu Biometric Residence Permit. BRP ni korang akan dapat masa dekat UK nanti and kena amik dekat UK Post Office. So, pakai la smart smart tau masa korang pergi appointment buat UK Visa. Hari appointment visa tu, aku demam tau so mmg muka dekat BRP dengan visa UK aku barai habis. Dah la pakai shawl merah ahahaha. Visa UK tu, dorang akan attached dekat dalam passport korang. 

Masa aku pergi visa appointment aku, tak lama pun untuk settle kan urusan aku. It only takes 10 MINUTES! sebab aku sampai ngam ngam pukul 9:20 a.m. kan. Tepat pukul 9:30 a.m., alhamdulillah settle urusan aku. Actually, boleh je kalau korang nk settle kan TB Test dengan visa korang dalam masa 1 hari. Pagi tu korang pergi la buat TB Test, then petang tu korang pergi la visa appointment korang. So, settle la semua urusan. Congrats!

Disclaimer: Syafiq dan Maryam Sofi, if korang baca entry aku ni, aku nk mintak maaf dekat korang sebab masa kita lepak sesama after aku buat visa tu, aku tak inform korang yang aku jadi fly pergi UK. Sebab that time, 2 orang je yang tahu. Yang lain tak tahu. Sorry, okay.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


After korang dah buat visa, korang boleh la start survey flight ticket korang. Believe me, after korang settle beli flight ticket, korang rasa lega gila sebab aku rasa macam tu. Kalau boleh, beli la flight ticket ni awal tau. Awal sebulan ke. Untuk flight ticket ni, korang boleh survey dekat EasyJetSkyScanner ataupun Google Flights. Ikut korang la mana yang korang prefer. Aku haritu survery ticket flights dekat skyscanner punya apps dekat phone je. Actually, aku jumpa je yang murah tapi parents aku nasihat aku untuk pergi dengan kawan. Kawan aku ni dah beli flight ticket. So, kena la beli flight ticket tu and mahal sikit. Mahal banyak actually. Tiket paling murah aku jumpa RM 1,378 tapi fligh ticket yang aku beli is RM 3,591. Aku naik Qatar Airways. Banyak kan beza? :')





Gambar-gambar kat atas tu merupakan gambar-gambar flight tickets yang aku maybe akan beli masa survey tu. Sebab kawan kawan aku naik semua flight tu except flight ticket Saudia Airlines which is yang paling murah tu tapi transit paling lama which is 8 hours. 


So, guys, ni ialah flight ticket details aku. 

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Step 19! After korang dah tahu flight ticket details korang, boleh la korang start tempah untuk free meet and greet yang universiti korang sediakan. So, dekat situ, korang dah boleh save duit korang. Gambar kat bawah is free meet and greet yang University of Huddersfield sediakan untuk student diorang. 


✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈


Okay, step 20! After korang dah dapat e-mail daripada UK Visa Application yang menyatakan visa korang dah siap, korang boleh la pergi ambil visa korang! Visa aku siap on 5 September 2018. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. Flight ticket aku  13 September 2018. Kan aku pilih  Standard Services kan. Kan kalau Standard Services, usually aku akan dapat visa aku within 15 working days. Staff dekat kaunter pun tu cakap cemtu. 

Aku buat masa 28 August 2018. So, staff tu cakap start 29 August la kiranya start la kiraan 15 working days. So, estimated date paling lambat visa aku akan siap is 19 September 2018. Kalau aku nk guna free meet and greet services tu, aku kena sampai within 3-16 September tau. Tapi, aku pasrah je. So, aku buat on 28 August  2018, and visa tu siap on 5 September 2018. Alhamdulillah kejap kan! Macam guna Priority Services. Sebab dalam 4 working days, visa aku dah siap. Duration nak tunggu visa aku siap tu, agak mendebarkan and menakutkan aku sebab semua benda buat last minute. After dapat je e-mail ni, aku terus beli flight ticket. 

Ni email yang aku dapat yang dia inform dekat aku yang visa aku dah siap. Bila dapat email ni kan, alhamdulillah aku rasa bersyukur sangat. Rasa lega sangat tau sebab dia rasa macam satu beban dah lepas. Dekat sini, aku nak berterima kasih sangat sangat dekat seorang kawan lelaki aku ni sebab dia dah bersusah payah tolong ambil kan visa aku walaupun dia terpaksa redah hujan naik motor dari pejabat dia dekat Sentul and pergi dekat Wisma MCA. Then, malam esok tu dia tolong pass kan visa aku dekat abang aku dekat KL Sentral walaupun time tu dia tengah kerja. Thank you sangat! Kalau kau baca post ni, aku just nak ucap terima kasih and aku tak akan lupakan engkau sampai bila bila.

Sebab aku kan duduk Terengganu. Macam tak worth it tau aku nak pergi KL semata-mata nak amik visa aku. huhu. By the way, kan tadi aku cerita dekat step 17, ada 3 cara yang korang boleh pilih untuk ambil visa korang. Aku pilih pilihan ketiga which is mintak tolong kawan aku ambilkan. Kalau nak mintak tolong orang ambilkan, ada beberapa dokumen yang perlu dia bawak masa dia nak tolong ambil visa kita tu seperti yang tertera dekat resit pink yang korang dapat tu.
  1. Original receipt (Resit pink and resit putih)
  2. Authorization Letter from the applicant with signature of the applicant
  3. ID Proof of the applicant (copy of NRIC/Passport)
  4. Original of NRIC / Passport (Collector ID proof
  5. Copy of NRIC / Passport (Collector ID proof)

Korang boleh collect korang punya visa dari hari Isnin - Jumaat, pukul 3 - 5 petang.

So, guys, bila korang dah sampai dekat step ni, congrats! Korang dah settle semua steps untuk korang selamat fly ke UK! Tahniah! Good Luck! Kalau fly UK, roger la aku please! Aku boleh tolong apa-apa yang patut.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈

So, for the last step which is step 21. packing list korang. Before aku terlupa, before korang fly pergi UK, beli la sikit barang untuk pergi sana. Yang part ni, korang boleh refer dekat sini dekat section your packing list. Sis tu dah explain kasi detail apa yang korang perlu bawak as preparation before korang menjejakkan kaki dekat UK.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

THANK YOU FOR READING!

I hope my entry will beneficial and help you, inshaAllah! Doakan aku dapat survive dengan baik dekat bumi Huddersfield, United Kingdom ni.

Bawak balik degree tau! Good luck and may Allah ease your journey!

If you have any inquiries, feel free to contact me at:

πŸ’¬ WhatsApp : +447517181373 (UK Number)
πŸ’¬ E-mail       :  husnamustafa.work@gmail.com

Xx, Husna Mustafa. ❤❤❤

10 October 2018
12:11 AM GMT
Zetland House
Huddersfield
England

Comments

Popular posts from this blog

JKPS 2020/2021 INTERVIEW SESH

UUM Edition 01 | First Online Interview 01 October 2020 | Thursday | 9:10 PM | Cisco Webex Greeting and Good Day everyone! Salam 'Alaik. It had been a while, isn't it? I'm back! Today's entry gonna be about my first ever online interview which is an Online Interview Session for JKPS 2020/2021 Session for INASIS PetroSD. This interview is a group interview. I was in Group 2. In the first place, there are 6 candidates in my group but only 3 candidates show up during the interview session. Another candidate both applying for Recreation and Sports Exco. The online interview session starts at 9:10 PM. They said that the aim of this interview is to test your confidence level. This interview had been done through the Cisco Webex platform. Webex. Group 2. 9:10 PM - 10 PM What is JKPS? JKPS stands for Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa or also known as Student Leadership and Development Committee. I had been applying for Information and Publicity Exco position for Stu

DIGITAL MARKETER FOR BIRUBERRY 2020/2021 INTERVIEW SESH

  UUM Edition 02 | Second Online Interview 26 November 2020 | Thursday | 8:30 PM | Google Meet Greeting and Good Day everyone! Salam 'Alaik. Today's entry gonna be my second online interview experience! For this second interview, I had applied the Digital Marketer position for Biruberry Studio. Digital Marketer! My favorite role yet my favorite position! My dream job in the future after I am graduated. I am also planning to apply for my Internship during March 2023 - July 2023 session as Digital Marketer. Still got a long way to go. Okay, let's get back to the topic.  Do you know that in Universiti Utara Malaysia, there is Biruberry Studio that is handled by Broadcasting Club UUM? I just know about it, to be honest after E-Hope Day UUM. Hope Day stands for Hari Organisasi Pelajar . Due to the new norms, this Hope Day had been held virtually for the first time at Facebook Live B2P HEP UUM. That is the reason why it called as E-Hope Day. For your information, there are 117